PROGRAM Matrikulasi di KMPP

dupdap..dupdap..berdebar ke nak masuk matrik?
hmm tulisan ini untuk mereka yang akan mendaftar ke program matrikulasi kementerian pelajaran malaysia.
ianya sememangnya berbeza daripada program asasi Universiti dan tingkatan 6....
Saya bekas pelajar matrikulasi KPM di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) !
eh, kalau awak tak dapat tawaran KMPP pun , ceritanya hampir sama je seluruh matrik di Malaysia.





1- TEMPOH MASA

Ada dua program
>>Program satu tahun (PST)>>2 semester>>;lebih kurang 10 bulan la..
lagi satu >>Program Dua Tahun (PDT)>> 4 semester>> lebih kurang 20 bulan je..
septikalnya orang memandang PST ni budak pandai sebab mereka fast track dengan silibus yang sangat padat..tapi hakikatnya PST dan PDT depend on result Add math awak waktu SPM...Kalau awak dapat A/B/C for add math, biasanya dapat tawaran PST, otherwise awak dapat PDT .. tempoh masa bukan masalah..cuma PDT agak relax sikit la..PST memang kena hard dan cepat sikit la..

2- PEMBAHAGIAN MODUL

kalau student Akaun, memang satu modul je,
tapi student Sains ada 3 modul :
>>modul 1>> subjek matematik, kimia,biologi dan fizik>>SPM result for bio n fizik kena pling minima B-
>>modul 2>>subjek matematik ,kimia, sains komputer,fizik>>SPM result for fizik lebih baik dari biologi
>>modul 3>>subjek matematik, kimia, sains komputer, biologi >>SPM result for biologi lebih baik dari fizik

modul akan ditetapkan oleh pihak matrik masing-masing,Sebarang pertukaran boleh dibuat kemudian.

3-KULIAH
ini sesi kelas teori, awak akan duduk macam ni..dan masuk kelas cuma dengar je pensyarah cakap apa.Jangan tinggal lecture note, nanti tu yang sedap tidur..zzzzz...



4- TUTORIAL
ini kelas latihan atau kelas pengujian untuk pemahaman teori masa kuliah.Waktu nilah kena buat latihan dan soalan tutorial yang diberikan.. test pad atau buku latihan wajar disediakan..haha taulah nanti korunk bila kena stay up buat tutorial tu..kadang2 soalan sepuluh je, tapi 2 malam pun belum tentu siap..








5- AMALI
ini kelas anda akan buat eksperimen.Hanya subjek Biologi, Kimia ,Fizik dan Sains Komputer ada kelas Amali ni.Waktu nilah awak akan bermain dengan bahan kimia, specimen cell, alatan makmal, pokok-pokok dan tikus!!! yeay.. sangat seronok..wajib bawa Lab Coat..tak perlu beli sendiri, it is provided dari yuran yang anda bayar..nanti masa mendaftar akan dapat .. Buku amali pun perlu dibawa..Selepas amali wajiblah buat laporan eksperimen.Tempoh masa bergantung pada lecturer!
berbeza dengan sains komputer, awak akan bermain dengan banyak software, jangan risau kalau diri tu tak pernah sentuh komputer, cikgu akan ajar dari yang basic sampai yang advance! tiada laporan eksperimen , cuma kena submit di portal.kira hantar assignment online la ni..







* jadual kelas akan dapat kemudian,ehemm kelas dah tak ada ia akan dipanggil praktikum.satu praktikum 20-25 orang,takpun berbelas je.waktu kelas bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.Adakalanya kelas sambung malam..

6- BUKU RUJUKAN

nanti anda akan dapat nota kuliah untuk semua subjek, kena rujuk lecturer masing2..dan dapat buku tutorial,
buku amali dan buku past year.kalau tak nak beli buku rujukan pun tak apa, ramai kawan-kawan saya berjaya dengan hanya bergantung pada lecture note tadi,untung beli buku rujukan ni masa nak buat tutorial nanti.Banyak lah rujukan, tapi kalau rajin boleh pergi library.tapi paling penting, amat mengesyorkan anda beli buku ini , anda akan tahu kenapa..jeng..jeng..


cadangan buku rujukan terbaik!Buku purple atas ni memang bagus.kumpulkan semua koleksi..




7- PAKAIAN

Tak perlulah kelam - kabut nak beli baju baru.Bagi lelaki pakai seluar slack dan kemeja je.Kemeja tu tak perlulah nak stylo sangat kalau tak memang kena tegur dengan sesetengah lecturer.be simple je...
perempuan pula paling simple baju kurung atau apa-apa baju kebangsaan bangsa lain.Tapi kalau cheong sam tu tak boleh juga sebab agak sexy! Majoriti pakai baju kurung la..termasuk chineese and indian..
Tudung buatlah gaya apapun boleh. Shawl Pashmina pun diizinkan. Bab-bab menutup aurat ni sendiri fahamlah k..tapi tak perlu berfesyen sangat sebab tak sempat pun nak lilit-lilit bagai tu kekadang!
Tali leher kalau ikutkan diwajibkan.No blond hair is allowed.
Jubah diharamkan tapi lama-lama ada je yang pakai.Tapi time pergi surau tu bolehlah.
Kasut memang kena bertutup.Tapi tak semestinya kulit.Tapi amat digalakkan warna yang gelap seperti hitam, dark coklat atau blue black.
Stokin bebas.Tapi buat pengetahuan KMPP dapat pengarah baru, sebarang peraturan baru akan diketahui kemudian.Sebaiknya stokin yang warna hitam ,kelabu atau coklat insha-Allah available.
Then nanti semua pelajar matrik akan dapat 2/3 helai baju kolej.Baju kolej ikut kolej matrik masing2.


baju melayu boleh pakai hari jumaat
8 - KOKURIKULUM

ini wajib ambil satu semester je.Jangan risau koko kat matrik ni tak adalah penat sangat.Banyaklah sukan awak boleh join , bola jaring, bola sepak, golf, squash, ataupun  boleh pilih tak nak main sukan, ada kelab khidmat masyarakat, kebudayaan dan senam aerobik. Setiap minggu akan ada giliran buat performance aerobik atas stage.No one is excluded! Nanti awak akan dapat buku koko.Pakaian koko akan ditetapkan kemudian.Take note sila bawa kasut sukan sebab ia pakaian wajib untuk koko sekalipun kelab khidmat masyarakat je.

9- RIADAH/TEMPAT BERSUKAN

macam kmpp memang banyak tempat bersukan.Paling mudah jogging pusing satu kolej.Satu round pun dah cukup bagus tau! Lain-lain ada basikal, boleh sewa, sebarang peralatan macam set ping pong, bola sepak, ragbi, boleh ambil di stor sukan.Tak ada limit masa untuk main, tapi pandai-pandai sendirilah nak stop solat maghrib and pergi mandi kan? kan dah besar!!

* musim exam ada je yang main takraw 3 pagi sebab nak release tension...

10- KAD MATRIK
kalau di KMPP, gambar kad matrik akan diambil sewaktu hari pertama pendaftaran.So, pakai smart2 and cun2 belaka tau.Kad matrik akan siap dalam masa minggu orientasi lagi biasanya.Penting kad matrik ni, untuk masuk library, time exam, time nak outing, semua tu kena touch card untuk rekod.Everyday pergi kelas kenalah pakai kad matrik tu.No matrik kenalah sentiasa ingat..memang sangat banyak kegunaannya.

11- KAFETERIA

Harga makanan di kafeteria memang berpatutan.Tapi KMPP ada 4 kafe, kena pandailah cari kafe termurah.Tapi setiap tahun kadang-kadang orang baru dan tak mustahil makanan akan mahal juga.Be prepared.Waktu makan pun awak kena study sikit.Bila lauk keluar, bila lauk habis..

tips daripada saya >> lebih jimat beli air bungkus, lebih banyak..pastu kalau nak minum dalam cawan, tuanglah dalam cawan.Kuantiti air lebih banyak.Contoh teh ais sebungkus RM1.20, tapi teh ais secawan RM1.00 sedangkan kandungan air bungkus tadi bila kami test dapat dua cawan.So boleh share dengan kawan masa beli air.kan jimat!Harga nasi biasanya dalam RM3-4 la.. nak murah ambil telur atau daging atau ikan.ayam demand sikit la.Udang begitu juga..




12- KEDAI SERBANEKA

memang ada koperasi yang jual hampir semua kelengkapan.Sabun, syampu, ubat gigi , maggi, gam kasut.Tapi kalau rasa guna jenama yang pelik-pelik tu memang tak adalah.Macam sabun import dari Jerman, syampu herba dari kampung ke..Air mineral, roti , surat khabar, ais krim ada jual.Alat tulis, majalah, cermin muka, makanan ringan, garam,gula,jem,kaya, mentega dan headphone pun ada dijual.Makanan berat seperti nasi ayam,nasi tomato, roti sardin pun ada.Waffel pun ada.Kek, muffin,top-up, cream puff pun ada.Tuala Wanita pun ada.Tapi perlu diingatkan tiada plastik disediakan even awak tawar nak bayar plastik tu RM 100!
so kalau beli benda-benda yang sensitif tu pandai-pandailah cover!!! kempen no plastic dijalankan di KMPP

13- PEJABAT POS

ya perkhidmatan pos ada disediakan,bolehlah nak pos laju ke..hantar surat ke..Tapi kena check la jadual .Contoh pos laju kalau nak hantar barang kena sebelum jam 12 tengahari.Di Pejabat pos juga ada perkhidmatan mengeluarkan wang.Mesin ATM ada satu je di KMPP.Ramai jugalah yang keluarkan duit di pejabat pos.Lagi satu sebarang urusan pembelian tiket bas juga di pejabat pos !

14- KEDAI FOTOSTAT

nama pun kedai fotostat, fotostat lah apa saja yang anda inginkan.Ada juga perkhidmatan internet dan printing.Nak binding pun ada. Harga jangan risaulah.murah je..

15- OUTING/BALIK KAMPUNG

every weekend, you all boleh keluar balik kampung atau outing mana2 asalkan tiada program kolej atau kelas anjuran pensyarah.Limit masa sebelum 7 malam.Kalau lambat stay lah dekat masjid mana-mana.
Sebarang kenderaan tak dibenarkan dalam kolej.Kereta mahupun motorsikal.Tapi setiap weekend memang akan ada bas , kereta sewa , teksi dan van bersedia bawa anda ke mana-mana sahaja.Perlahan-lahan anda kan mahir tapi safety first tau.Keluar dengan orang yang anda percaya.



16- KEMUDAHAN LAIN
-ada booth kecil jual makanan >.namanya D'Pongsu.tapi harga agak mahal tapi laku juga sebab antara tempat terdekat nak beli makanan sebab dekat dengan de3wan kuliah.
-library-;buka siang malam termasuk weekend
-air-cond dia sangat sejuk..bawa sweater tau!
-surau- sedia menanti jemaahnya 5 waktu sehari semalam
-Dewan-untuk aktiviti koko dan aktiviti kolej
-tasik -boleh bersiar-siar-memancing pun boleh
-bilik tv-very convenient to study,ada beberapa je boleh tengok tv
-boleh order makanan di kafe
-;mesin basuh-baju hasil kumpul seminggu anggaran 1 mesin tu penuh la,harga RM2-2.50, duit syiling..
>>nanti awak tau sendiri.



17-PENTADBIRAN
tempat ni penting untuk diketahui..di sini tempat pensyarah kira bilik guru la.. so, rajin2 jumpa lecturer dan jaga adab.Dalam pentadbiran juga ada Kaunter Hal Ehwal Pelajar.Sebarang masalah rujuk di kaunter ini.

18-KUIZ
akan dilakukan secara berkala.Penting untuk top up markah final exam.Jangan buat main-main.Inilah penyebab budak matrik kena struggle every night!stay up la.. bangun awal pagi.. demam-demam baca buku.. everything gonna be okay kalau awak study smart dan tak buang masa..trust me!

19- SOALAN TAMBAHAN
>> laptop-; ada kemudahan wifi di KMPP tapi tak selaju di rumah anda la kan..ia bukan keperluan tapi memudahkan.secara peribadi saya bawa laptop tapi hanya guna untuk tengok movie dan edit gambar atau kertas kerja.Assignment sains komputer sempat siap di makmal komputer.Laptop memudahkan untuk buat kuiz online.Tapi kalau tak pun di library ada kemudahan komputer untuk jawab kuiz online.Jangan bebankan ibu bapa anda!!!

>>bas untuk pulang>> pihak kolej ada menyediakan bas.boleh berurusan di pejabat pos.Boleh juga beli tiket bas luar.Tapi pengangkutan ke terminal Butterworth tanggungan sendiri.

**PERALATAN ELEKTRIK**
-heater-;boleh bawa.Elok juga mudah nak bancuh air kan..tapi kemudahan mesin air pun ada.
-Kipas angin; boleh bawa.tiada masalah.Tapi jangan bawa yang jenis berkuasa tinggi
-seterika-;boleh bawa.iron board pun boleh bawa ,boleh bincang dengan roomate nanti
-pembakar roti_; nak bawa pandai-pandai sorok.Tak bawa pun tak apa.Makanan lain banyak..
-air cond- ;sila bertimbang rasa.Penggunaan elektrik yang tinggi pernah menyebabkan satu blok blackout,
-tv ;tak perlu-budaya tonton filem akan berlaku.tak sempat pun nak layan tv ni..
-charger handphone;SATU KEPERLUAN
* EXTENSION WIRE SATU KEPERLUAN.SILA BAWA!


20-BI'AH SOLEHAH

saya tahu ramai pelajar lepasan sekolah agama dan mereka yang inginkan kebaikan memikirkan ini.Segala aktiviti dakwah bergantung pada jawatankuasa yang dilantik.An-nur Commitee (ANC) adalah badan yang bertanggungjawab untuk aktiviti keagamaan.Boleh pergi interview dan sertai.kena peka dengan sebarang notis.ada juga An-nur Fan Club (AFC) rakan kelab yang membantu tugas ANC.boleh ambil borang dan serati.Tak lupa Kelab KMPP Brotherhood.Di bawah saya sertakan beberapa aktiviti kelab KMPP Brotherhood.Satu-satunya kelab yang konsisten berusrah!banyak sangat aktiviti dan amat memberi kesan positif.Kelab ni paling polular dan menjadi rebutan.Interview terpaksa awak lalui.Tapi niat baik mesti Allah tolongkan?











anyway, banyak kelas agama, tazkiroh dan pengajian yang dijalankan.Tak jadi member kelab-kelab tadi pun tak apa .Masih berpeluang menyertai program yang diadakan.Yang penting tegakkan bi'ah solehah dalam diri sendiri!

21- PROGRAM MENARIK KOLEJ
-sambutan hari raya
-sambutan hari merdeka
-sambutan maulidurrasul
-program kebudayaan dan kesenian
-Minggu Evolusi Minda Optimis Remaja Islam (MEMORI)
-english week
-Karnival Sains dan Pendidikan
-Program Alumnni
-Karnival Kerjaya
-Program Solat hajat dan Bacaan Yassin
-Malam bersama JPP
-Minggu I-DICA
Banyak lagi......

pesanan saya>> Pastikan semua dokumen yang diperluakan dibawa.
datang awal semasa hari pendaftaran
.Bayangkan akan ada yang datang seawal jam 6.00 pagi!
sekitar jam 8.00 pagi, dah mula sesak, dan ada yang terperangkap dalam kesesakan selama 4 jam!
kesesakan akan bermula dari kawasan highway lagi ! moga urusan anda dipermudahkan..

saya dan barisan sukarelawan serta fasilitator yang lain memanti kehadiran adik-adik pada 27 Mei ini!




welcome!

nota kaki : saya tambah nota kai ini pada  18 mei 2014

pertama, saya pelajar matrikulasi sesi 2012/2013.
ini catatan pengalaman saya bantu adik2 semua yang saya tulis 21 mei 2013

mungkin banyak perbezaan dan perubahan daripada sesi saya. Maka sebab itu saya hanya mampu memberi jawapan secara umum kerana saya percaya sistem boleh saja berbeza setelah dua tahun.

Hakikatnya saya sudah pergi meninggalkan matrikulasi. Jawapan saya berdasarkan pengalaman.Boleh join apa-apa group kolej matrikulasi di facebook.(sangat banyak)Percayalah, ramai sangat lepasan ?alumni matrikulasi yang ada.

Apa-pun, moga tulisan ini meberi gambaran serba sedikit buat adik-adik tentang persiapan perlu dilakukan.
sekian dari Universiti Malaya. :)

ini pengalaman ketika menjadi fasilitator minggu orientasi di kolej matrikulasi pulau pinang,
Minggu Pengurusan Pelajar Baaru 2013/2014

Comments

  1. Thanks for all the information .. sangat4x berguna .. tak sabar jadi member KMPP 27 Mei nie..

    ReplyDelete
  2. i miss my KMPP..rasa nya mcm kenal laa awak nih :) selamat berkenalan blogger ex-student KMPP

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pointer akk berape??skrng akk sambung kat U mne ??

      Delete
    2. alhamdulillah.berjaya menyambung bidang yang dihajati.sekarang di Universiti Malaya

      Delete
  3. asslamualaikum . saya nak tanya yg modul tu mcm mne kita nak tau kita dpt modul yang mana satu ?



    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm. azra razali, modul berdasarkan kuantiti pelajar dan keputusan SPM awak.dapat. modul apa pun dulu tak apa.Nanti boleh buat pertukaran.Awak boleh bincang dengan mentee tentang pertukaran modul dan kesesuaian awak.Awak akan tahu lepas daftar do kolej nanti.

      Biasanya praktikum mula dengan 'H' modul 1
      mula dengan 'F' modul 2
      mula dengan 'K' MODUL 3
      harap membantu :)

      Delete
  4. asslamualaikum . saya nak tanya yg modul tu mcm mne kita nak tau kita dpt modul yang mana satu ?



    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.nanti hari pendaftaran awak akan tahu.dalam surat tawaran tak dimaklumkan. Biasanya modul 1 praktikum bermula dengan H, MODUL 2 F, MODUL 2 K.

      Delete
  5. Terima kasih atas panduan yg sgt berguna ni utk anak saya yg bakal mendafar pada 26 mei nanti. Sekali saya ucapkn terima kasih byk2.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sis, nak tanya boleh?? Heater dgn sterika tu mmg boleh bawa ke? sbb ad sesetengah matrik tak dibenarkan. Lagi satu, baju kurung macam baju kurung pahang, moden, jubah pun dibolehkan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana eilly, basically, baju kurung jenis style apa pun tak ada masalah.Asalkan sopan.
      Saya nasihatkan untuk heater dan seterika boleh bawa dulu. Bergantung di matrik awak.Kalau kemudahan sudah ada, bagi semula pada keluarga.

      Harap membantu

      Delete
  8. Assalamualaikum akak :)
    Tengs info2 yang berguna. InsyaAllah,25 hb ni saya daftar dekat KMKedah.
    Nak tanya minggu orientasi banyak pakai baju apa ya?Terima kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslam.

      bergantung pada committee orientasi matrik awak.Biasanya dalam kebanyakan situasi orientasi jadual sangat padat.Sediakan baju sukan.

      harap membantu.Selamat berjaya Reen azyan

      Delete
  9. Assalamualaikum, thanks bagi penerangan yang sangat jelas. insyaAllah saya akan daftar di KMPP 26 Mei 2014 ni :)

    ReplyDelete
  10. Akak nak tnyer la roomate kite bleh plih ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kolej dah tetapkan.Sebab nak elak isu semangat kenegerian.Tapi seandainya awak dapat yang berbeza agama , boleh bincang dengan pengurusan.

      Delete
  11. saya pun dpt kmpp.. klau outing pkai baju biasa atau bju kurung??

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat sesi batch saya 2012/2013
      tiada baju khusus untuk outing.bebas dan sopan

      Delete
  12. dekat kmpp boleh bawa heater?? betul ni?! tak kena rampas ni? hehe.. emm, strika tu disediakan kan?? sorry, kalau banyak tanya.. saya dpat jauh lah... jadi susah kalau bwk sikit2..😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat batch saya sesi 2012/2013, kami bawa seterika sendiri Kerana tiada bili iron disediakan dan heater masih dibenarkan.takpe sekiranya awak tak nak bawa dulu.sebabnya nanti hari pendaftran biasanya ada buat jualan.awak boleh beli kemudian.

      Delete
  13. Assalamualaikum kak. Nak tanya sikit lah. Adakah kmpp meletakkan syarat utk jenis2 kasut yg dipakai? maksud saya warna kasut tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm. kasut bertutup.warna gelap lebih digalakkan.kasut bertutup sangat penting lagi2 untuk masuk library dan makmal.

      Delete
  14. Assalamualaikum kak,sy nk tnya ni,betul ke jubbah tak dibenarkan pkai? sbb kbnykkn sy prepared jubah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm,secara peraturan dasar, hanya baju kebangsaan yg sopan dibenarkan.cntoh baju kurung dan lain-lain.Tapi lama-kelamaan ramai yang pakai jubah juga.Asalakn sopan dan pensyarah ok saje..ok je awak nak pakai.

      untuk peraturan baru awak kena semak buku peraturan dapat ketika hari pendaftran nanti.Setiap tahun peraturan sentiasa berubah.stand by la 2-3 pasang ok. :)

      Delete
  15. Akak , kalau nak tukar modul , memang confirm diluluskan atau macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. prosedir pertukaran modul ni akan diterangkan nanti.Minggu pertama/2 minggu pertama bergantung pada kolej mungkin sebulan awak kena stay dulu dengan modul yang ditetapkan.Kemudian akan dibuka sesi pertukaran, ambil borang, bincang dengan mentor, dan HEP akan luluskan atau tidak..terpulang pada situasi kuota pelajar, dan kemampuan pelajar.(rujuk keputusan SPM)

      Delete
  16. Salam nak tanya . erm erm mesin atm kat situ semua card bank diterima kee? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm.KMPP ada mesin atm bsn.tapiboleh semua meps cash.

      Delete
  17. assalamualaikum. saya lapor diri 26/5 ni. nak tanya just borang perjanjian tu je kan yg perlu dicop oleh pengetua atau jawatan lain2? salinan ic dan surat beranak tak perlu dicopkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara mudahnya, apa2 yg bukan salinan asal kita perlukan pengesahan. Bergantung pada keadaan tahun ini.Nak mudah cop je semua.Sekiranya tak sempat, tak apa, boleh urus dengan HEP di kolej masing-masing.

      Delete
  18. Halo senior. .nk tanya kebaya dan pkaian traditional indian blh pakai x? Atau HANYA b kurung dibenarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jia, boleh saja.baju kebaya atau pakaian tradisional india. Asalkan sopan, tidak menjolok mata dan menepati budaya timur. :)

      Delete
  19. atennnnn ..hihi . ade gamba tite la :)

    ~auni

    ReplyDelete
  20. kak, nak tanya ni. kalau tak beli kasut pvc takpa tak? guna ka kasut pvc tu?

    ReplyDelete
  21. Kak penggunaan handphone ada apa-apa syarat tak

    ReplyDelete
  22. Akak ade lab coat saiz S x ?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum selendang boleh pakai ke ??mostly student mmg pakai tudung bawal ye?

    ReplyDelete
  24. Akak nk tnya klu saya pkai kasut yg wrna kulit x pe ke and stokin pn wrna kulit xpe ke

    ReplyDelete
  25. Assalamualailum akak...kat kmpp ada masalah air tak? I mean selalu tak ada air ?.

    ReplyDelete

Post a Comment