5 BIG LESSONS FROM 2020

Baru Oktober dah buat conclusion! 😁 Sebab aku rasa macam "I've had done enough with you 2020".          

6 tahun lalu (since 2014) adalah moment paling dramatik dan hectic, maka tahun ke-7 2020 adalah harapan yang teramat besar. Tetapiiii hmmm alkisahnya covid ni pulak, life totally move to another direction. Tak ada satu hari pun dalam tahun ni terasa ringan semua berat. 

Dengan aku-aku sekali berat πŸ˜“ Aisy tak sabarnya nak berat 50++ kg balik sebab pelan-pelan dah boleh bye bye medicine n supplement 😝 yuhhuuuu alhamdulillah 

 
Let's check it out what 2020 had offered me. *so far

oh yeah point penting dekat gambar. Sila baca. Gigih aku edit.


#1

Paling tak boleh blaa jadi kat aku tahun ni. Aku tukar kerja 3 kali. 3 company in a year πŸ’

Disclaimer: Aku rahsiakan sangat fakta ni dan bagitahu few people je sebab ramai member kena retrenched, kena buang, kena potong gaji dan terus tak ada kerja.  Mungkin a bit sensitive kan cakap pasal kerja sekarang ni. Tapi percayalah tukar-tukar kerja ni pun banyak 'peperangan hatinya'πŸ˜”

JAN-MAC - Company fashion muslimah jual kain bagai
APR-JUN - Covid mereputttt berkurung, berbahagia dapat BPN, run biz makanan with fav people
JUL-SEPT - Company penerbitan buku-buku dan kalam ilahi yang penuh sopan-santun
OKT-NOW - Company fiber optic teknologi essential service industry hokay. Maybe darurat pun aku kena kerja hapeeee πŸ˜‚ 


JAN-MAC - Dah kenal owner 2 years plus baru decide full-time work. Dia macam ni aku letih sangat 2 tahun kerja KL, aku nak dok dekat ngan umah, aku nak ada masa weekend study. Gaji offer kurang 50% dari yang sepatutnya tapi aku okay sebab aku nak masa hujung minggu. Masa kat sini memang aku banyak belajar dengan semua orang. Staff-staff lama so talented and berbisa tapi boss tengok staff macam tak ada nilai je. 

Boss pulak rasa dia je betul since dah  6 year in business sedangkan banyak benda dia tak tahu. Meeting cakap pasal teori yang semua orang tahu dah bukan sama-sama nak solve root of problem. Paling tak boleh bla, staff lama dah offer problem solving clear cut brilliant, tetap rasa dia paling betul. Sudahnya sendiri makan diri. Sampai ke sudah tak mau mengaku salah dan langsung tak ada perkataan maaf. Undang-undang pun clear cut tentukan memang dia salah.

Sudahnya kita tahu cawan penuh memang tak boleh isi dah. Lelagi ego melangit, pecah terus agaknya cawan tu.


APR-JUN - Aku pun macam orang lain gak panik betul masa covid ni mula-mula. Aku seyes tak berapa okay bila dah lama berkurung ni. Orang ambivert aku ni nak juga keluar. So aku caras jadi ketua keluarga interim ahahhahaπŸ˜†Aku cakap ngan ayah aku dia dah tua berisiko. Biar aku yang keluar😎

So aku belajar tau beli barang-barang grocery, barang basah, hafal semua harga, aku siap study ekonomi sikit caneh nak berbelanja berhemah ahahha. Kira preparelah kan kewangan sebab tak tahu covid sampai bila. Aku bacalah turun naik matawang, economy recession strategy ermm nak termuntah yeah study economy ni 😡

Pastu belajar masak okay! my mum is so proud ahaha Tak dinafikan aku ni jenis bukan wife material. Masa shopping time PKP lelaki-lelaki tu dok tanya aku, beras pulut mana, ikan selar mana, cheese apa nak buat kek, bawang nak masa seminggu berapa banyak. Adoiiilah sebenarnya dengan aku-aku pun tak tahu AHAHHAπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi aku boleh juga jadi fast-learners. sekali aku tahu belajar something, payah nak lupa inshaAllah. Sekarang dah tahu dah hehe. I bet laki-laki tu semua pun mesti dah pandai dah, dah terror beli barang.

Paling tak sangka, aku ngan 2 orang yang sangat rajin dan dipercayai we run food business weyh! Adhoc! Tak tahulah tak de ribut tak ada apa camne ntah boleh start. Turns out sooooo well sampai staff courier pun kenal. Best sangat try food niche business ni. Kena ngan jiwa eh. sebab suka makan. πŸ˜‹We will get back! Terstop jap sekarang and I blame myself. Pikir balik kitwng memang belajar from scratch dan hentam buat. 

Tak tahulah dari mana boleh berani mati create new business time PKP kena berkurung, kena tahan polis, ada roadblock. Jasa besar sangat tuan rumah yang sudi tumpangkan ktwng letak barang. Dia maca kitwng intern 2 bulan in food business ahahahah.

Tak rugi jadi cawan kosong. Boleh isi pape.


JUL-SEPT - Company ni kalau aku nak analyze dan citer memang boleh botak aku. Sepanjang aku kerja nilah company paling memeningkan tak nampak hujung punca. Dia macam ni. Kita memang dah tahu sesuatu. Tapi belum tentu kita betul-betul tahu. Dan sangat rugi kalau nak percaya kat orang yang jenis berjaya tabur-tabur duit nampak letops je. Dan membuta ikut orang yang kengkunun tahu. Kita kelam-kabut nak follow strategi semua orang, tanpa kita check dan improved diri sendiri dulu.

Aku takkan lupa masa aku bagitahu algorithm media sosial dah lain. Covid-19 ni impact bukan makcik jual goreng pisang je. Player besar industry pun sama. So strategy kena berbeza sebab it going to be tough business strategy untuk beberapa tahun lagi. So, aku start dengan sustainable marketing srategy. Walaupun aku kerja je ke, freelance je ke, aku akan buat the best sebab sayang company tu kalau jatuh.

Dituduhnya GAGAL ya πŸ˜“ padahal rekod sales pun takdok. Sebelum aku keluar aku tahu increment sales berlaku dengan baik. With limited resources, awareness increase by 30%, cost iklan pun dapat RM 0.01 and I did help to get 5 figures sales. Cakap aku tak nak caya. Sekali sifu tut tut tut kabor baru nak caya. Kemaruk follow anak didik Dr tipu PhD yang sah-sah jual air liur je.

Jangan berharap kat durian runtuh yang sekali gebuk turun. Tapi usahakan potensi yang ada dan kena relevanlah business ada turun naik. Paling penting aku belajar orang yang tak nak ditolong menyerah jelah. Jenuh kita jerit suruh dengar. Kalau tak nak dengar tak nak juga. Jenuh kita push suruh nampak sisi realiti, tapi kalau dah tak nak tengok tak buta pun tetap takkan nampak.

Staff lama feel so superior dan rasa sentiasa betul. Konsep dia, since I'm a senior, I came here first, so I know better. Aku doa sangat bila aku makin tua, aku tak rasa sombong nak belajar dengan orang yang lebih muda dan mungkin lebih kompeten pun dari aku. Selagi belum mati, kita adalah LEARNER!

Cawan yang terlalu penuh dan melimpah sebenarnya rugi dan membazir. Sebab ada air yang tak dapat kita minum.


OKT-NOW - Tawakkal dalam takut, aku ada di industri yang sangat asing. Pecah kepala aku dok hafal segala mak nenek kontraktor, engineering and teknologi semua ni ahaaha tolong aku weyhhh. Niat kita baik rendahkan hati belajar segala yang tak tahu. Allah Maha Baik memang ramai tolong aku. First-timer in the field tapi jauhhhh langkah dapat buat. I'm back flying with my wings inshaAllah. And I'm ensure those I care do the same. 

Nak kata tak adalah indah je semua. Aku in fact nampak dah benda-benda menakutkan yang tak mustahil terjadi. Tapi as long as aku tak terjebak ke kancah maksiat πŸ˜… *uisy ahahah dan banyak benda aku boleh belajar dan berkembang. It would be fine. Environment tempat ni memang workaholic semua orang. Nak gi toilet pun rasa cam buang masa πŸ˜…

Entahlah semakin lama aku kat company ni, semakin banyak aku cakap " Macam ni rupanya cara Allah makbulkan doa aku". Tapi company ni not my dream job. Banyak juga susah dan letih diaaa.  Dan ini last maybe aku akan kerja dengan orang sebelum betul-betul 'berjalan dengan kaki sendiri'.

Cawan kosong sahaja boleh diisi paling banyak.



#2

Tahun ni aku dok 'cari pasal' dan lawan bisnes supplement. Takyah sebut brand kang jadi marketing. Sampai jumpa depan-depan pun semua dok usik " Ten aku nak beli supplemen hokay" πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…pastu gelak-gelak. Aku okay je kalau korunk nak beli. Asalkan tahu mana betul mana salah. Jangan lah bodoh-bodoh je kena tipu. Wallahualamlah awareness sampai tahap mana, tapi yang aku tahu circle aku memang bijak-bijak tahu diri sendiri begitu berharga πŸ‘Ό. Majoriti sekepala je ngan aku cuma tak tunjuk je dwng menyampah dah kurang berkenan. Nak bagitahu ya aku memang makan supplemen dari kecik dan makan dengan tegar since 2014. So silap besarlah dok tuduh aku 'anti-supplemen' πŸ’
Supplemen is run in my blood! πŸ˜‚

Citer dia camni. Nak mula citer pun rasa sakit kepala jap πŸ’† 2/3 tahun lalu ramai dah kenalan yang dok menjual menda alah ni. Memanjanglah aku baca nak bantu sihat, cantiklah apalahkan. Even aku tahu tak patut kengkawan kita buat camni (jual supplemenlah, shakeslah, essential oillah, makanan sunnahlah).  Tapi aku diam je tau. Sebab aku tak sure apa kesusahan orang nak cari duit. So faham.

Kau nak jual cakap jelah benda tu hanya makanan tambahan, macam essential oil ke  diffuse aroma dia sekadar temporary reliever, Ni apa konpiden sangat semua benda nak overclaim.
 "Anak soleh bijak  ni semua sebab makan supplemen dari mengandung"
"Badan letih la nasib baik ada supplemen." 

Apa ni heyyyy?πŸ’† Anak kau baik sebab baguslah kau didik dan doa hang termakbul dapat anak soleh. Kalau letih pulak nak makan pil buat apa. Tidur jelah rehat-rehatkan badan. 
Minum air kosong pun dah boleh tambah tenaga tau. Murah jeee πŸ˜ͺπŸ˜ͺ

Tapi lama-lama sampailah overclaim boleh period teratur, boleh lambat tua, boleh kurang darah tinggi. Aku tegur sikit-sikit. And bila aku tegur ada merajuk, ada delete post. Salah tetap salah. Kalau nak kata terdesak, tetap kita tak boleh memanipulasi kesihatan orang. Masa ni semua dok kata. "Ktwng tak oerclaim ten, ada doktor guide, kalau patient kronik ktwng advise gi hospital je"

Haaa sekali ditakdirkan aku dapat akses sendiri group-group MLM dwng ni. Weyhhh penipu arr semua. Antara yang aku baca, ada downline tanya camne customer tengah pregnant, anak dia dah tak bergerak dah dan mak rasa lesu?" 

Nah boleh dwng cakap: Bagi je set hamil untuk tambah tenaga. Mak happy anak pun ceria gituhhh! πŸ˜ͺWeyh apa benda ni??? Banyak lagi aku baca main langgar je. Asal jual produk. Asal buat sales nak kejar commissionlah, bonus keretalah, payslip boleh beli rumahlah. Silap-silap mak tu anak dia mati dah. Dia lesu sebab nak demam sebab kena infection.😑😑😑😭😭😭. Sembang je tau akan suruh gi hospital lah, ada doktor consultlah. MENIPU! You cuma nak duit.

Seksa jadi orang sakit dan nak sihat adalah doa dan impian paling besar. Lebih besar daripada segalan yang ada di dunia. Kejam sangat kalau ambik kesempatan memanipulasi orang. Memang kena blocked, kena attack aku sebab lawan dwng ni. 

Geram sangat yang join ni belajar pengajian islam. Bila aku persoal berkat ke rezeki dok manipulasi orang? Bukan Quran clear cakap rujuk pada ahli? Tak ada rasa serba salah ke memandai-mandai consult orang? Nahhhh ngamuk. Kata kita dengkilah, negatiflah, toxic peoplelah. Kalau dwng baca ni mesti dwng kata ni semua fitnahhhhhh. ahahahha adoi. Terpulang! Allah tahu πŸ˜‡

Bila kita tanya soalan dan keraguan tak dapat jawab pun. Petik butang agama, play victim, play motivation card acah asal orang tak sekepala je semua tak positif. Every single post marketing dengan konsep asas sains yang clear cut salah tu semua boleh dibidas macam tu je. Yang tak tahu kena tipu.

Biarlah. Yang pergi biarkan pergi. Biarlah yang tinggal ni tolong memang sebab nak tolong. Bukan tolong hujung sekali nak duit kita. 😴😴 Aku takkan pernah lupa ya sampai ada yang cakap "Dah tahu tak sihat, bila kita tolong tak nak. Tak tahulah nak cakap apa lagi". Baru kita tahu true color orang  dan camtu rupanya konsep tolong menolong amalan mulia membawa berkat ke syurga ni ahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

I will fight to give awareness. Mana yang boleh diberitahu kita inform. Mana yang dah tepu biarlah. Biar tak ada lagi orang sakit boleh dimanipulasi dengan 'sopan-santun'. We must be clever kan hehe

Sama je juga. Jual baju patuh syariah nak bantu ramai muslimah tutup aurat.
Nak jual berpuluh ribu Quran nak ramai lagi dekat dengan Quran.

Sound too harsh. But seriously nonsense! Sebenarnya nak cakap bullshit tapi macam tak baik yeah😐.



#3

Ni yang paling sedih sekali. Point dia macam ni. Kita rajin-rajin usaha nakkan bulan. Sudahnya Allah tak bagi pun bulan. Kita nangis-nangis pun tetap usaha lagi. Kali ni kita cuba pulak nakkan bintang. Sudahnya bintang pun Allah tak bagi. Lepas tu kita usaha lagi sambil nangis sambil hati dah berkecai habis. Kita nakkan apa tak tahu dah tapi tetap buat something usahakan nak cuba capai something.

Sudahnya sampai sekarang tak dapat satu apa pun dari langit.
Tapi kita usaha je macam biasa. Hati hancur, dah tak ada perasaan, dah malas nak harap JUST DO IT!

Dalam tak sedar kita mula perasan, di tanah yang kita cuba lari, 
kita diberi sebuah taman bunga yang indah, diberi sungai yang menyejukkan, 
diberi kebun lapang menenangkan, dikelilingi banyak orang baik yang penuh kasih.

This journey is too painful, but very worthy dan reward orang sabar memang ada.

Fuhh deep betul point ni sampai tak tergamak nak bubuh emoji πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

I know few friends yang struggle jaga anak kecik berderet dan suami tak gaji besar. 
Pelan-pelan tolong suami cari rezeki. Letih jangan cakap aku perhati je sensorang down meroyan.
I know a friend yang sama-sama grad dari UM, kerja kat kedai yang kalau kau masuk confirm borong, tapi family perkecilkan awatlahhh hang kerja laguniii padahal budak pandai.
I know few friends yang sambung belajar master, PhD tapi supervisor lah punca air mata jatuh mencurah-curah. Penat layan supervisor tu haaa bukan penat sangat belajar pun.
I know many friends yang dah macam-macam kerja cuba, interview tak dapat, minta kerja kali ke-berapa pun tak ingat dah, tapi masih kuat semangat asal rezeki halal. Orang nak mengata pun penat dah.
I know few friends belajar bagus-bagus masih usaha keras nak secure first job. Yang dah kerja emotionally breakdown dengan majikan, manager, superior yang ntah pape tu lagilahhh ramaiiiii.
I know a friend yang rasa apalah nak jadi dengan dia. Mak ayah dah tak ada, kerja pun asyik tukar apa nak jadilah masa depan hidup sorang-sorang camni. Tapi rajinnya dia jangan cakap!
I know few friends kerja jauh dengan keluarga. Kena lanyak  dengan boss ke, kena tinggal boyfriend ke, kena tipu housemate ke, sakit ke, sendiri berjuang setel kan semua masalah.

Dahlah point ni. Too heartbreaking nak elaborate lagi pun 😫😫😫

Tapi pelan-pelan kita sama-sama nampak, sabar yang panjang tu mula membuahkan hasil,

Tak ada siapa pulang tangan kosong. Cepat lambat je.


#4

Yep ni lirik lagu. Currently my favourite song πŸ˜‰ Lirik dia so killer!

2020, I met so many people yang sangat talented, skilfull tapi sangat sangat sangat merendah diri.
Aku tanya benda bodoh pun sabar explain, Aku bertindak kurang tepat pun tegur baik-baik. 
Bukan jenis hentam " Hey kau tahu apa? Ktwng lagi tahu tau sebab dah lama dalam industri ni" πŸ˜’

Padahal ada berpuluh tahun kerja, masih sudi " Fatin, i'm more than happy to execute your idea"
Padahal ada yang nak dapat ilmu tu mungkin bayar beratus/beribu, mungkin berapa kali jatuh tergolek rugi makan hati , tetap sudi share ilmu dan pengalaman  PERCUMA je ngan aku
Ada juga tua banyak tahun lagi, tapi masih sudi belajar dengan kita ni yang pengalaman pun ciput.

I met kind of of person yang masa kita kerja ngan dia
"Yep iolss tahu ni nak buat camne, tapi takpe Fatin cakap dulu nak camne"
Padahal dia boleh jee tak ada aku buat semua ikut kepala dia kan tapi semangat teamwork tu

Dah terbukti rekod karier dia jauh cemerlang, still dia boleh kata:
" Fatin cuba awak tengok ni? Awak rasa saya ada buat salah tak?"

Hmmm sampai kan aku pulak tertanya-tanya
Weyhh dwng ni waras ke tak dok tanya aku?πŸ˜‚

Kalau yang share ilmu ngan aku tu, aku terpikir gak
Weyhh dwng tak ada ke rasa nak hempuk aku ni tanya soalan mengarut😁
Apa punya bersabar sangat level-level ahli sufi?πŸ˜†

I'm easily fall in love with humble people! πŸ™ˆπŸ™ŠOrang macam ni sebenarnya mahal keilmuan dia. 
Jiwa besar dan betul-betul skilful + tahu banyak benda
Fall in love tu rasa cam haisyyy bertuahnya aku. Nak ke jinjang pelamin tu not yetlahh ahahah

                Pengalaman sendiri rendah hati memang banyak menjemput ilmu dan rezeki    



#5

Banyak je kisah-kisah buruk dan pengalam jumpa orang yang menyakitkan hati. Memang berperang sampai ter'question' " Kenapalah Ya Allah aku jumpa orang camni???" 😞😞😞

Banyak tahun I have been dissociating myself with people. I ditch many people pun in fact πŸ˜…
Start 2020, ni macam I'm being open again. Start approach balik kawan-kawan lama. Aku saje je open story dengan kisah-kisah personal dan perkara yang sama kawan-kawan pun berani open side personal masing-masing. Banyak update aku tertinggal pun. 

Dan kita semua rasa sunyi sebab tak ada ruang dalam dunia ni kita nak express personaliti sebenar kita, nak tonjolkan perangai sebenar, cara fikir yang jujur, nak bercakap dengan nada suara hati kita yang paling dalammmmm tu kan πŸ˜‚ahahah apa aku merapu ni.  
Kita memang akan selesa dan selamat je kan berada dengan our REAL PEOPLE😊

Circle aku semakin kecik dan tak berminat pun nak besarkan. Biarlah circle ni kembang kuncup sendiri tanpa ada sesiapa perlu dijemput atau dihalau. Yang patut datang datang. Yang patut singgah, singgah. Yang patut berlalu,berlalu. Aku dah tua kut yeah. Cuma nak circle yang selamat dan penuh kebaikan.
Sebab penatttt sangat dah. Zaman-zaman berangan, mimpi itu ini dah lama tak ada.


Selamat datang kepada kawan-kawan baru.😎
Don't expect too much with me. I'm even spoil myself many times and I might spoil you juga.
I'm such an aggressive protector, but also hard-to-tolerate attacker.
Do not hesitate to ask for my help because I might only charged you to pray to me since the day we know each other till the days each one of us berpisah dengan mati. Jenis buat hal sendiri, orang tak kacau aku pun tak bother orang lain. Hati yang baik menjemput hati yang baik juga kan?
Lagi satu jenis memanjang typo dan hentam grammar

Selamat kita bercerita kembali wahai kawan-kawan lama *ouh rasa sebak pulek 😰
I'm surely no longer a person you once knew before, I have been through so much turbulence I did never ask for, I walk on the journey that I'm feeling too heavy for me to shared with.
Still, I'm a person you were once proudly met and we hold many bad and good memories together.πŸ˜‰
Cuma aku semakin garang yaaa 😝 dan semakin bersabar sikit * ahahaha inshaAllah bersabar kalau tak mengarut.

Please take care dan berbahagia saja. Aku senang kena panik attack sekarang ni kalau dengar news yang buruk-buruk. Please baik-baik je kita ni semua.




Semua gambar quotes tu diambil oleh Dila and Azim. Post lain kita reveal siapakah ituuuuuu?πŸ˜†
Gambar dwng nak pilih dan  edit jappp ahahhaha
Gambar ootd aku poyo poyo konpiden tu captured by my lovely debate sister Tuan Amirahhhh😘 


So kita bagi gambar dia πŸ™Š Tak silap masa ni support event Zee.






Semangat pulak nak update blog sebab now dah ada emoji. Dulu tulis blog pepandailah korunk nak feeling apa. Sekarang bertambah dramatik writing aku πŸ™†


Sincerely,
NFAMF





Comments

Post a Comment