IPOH SHORT TRIP

Dah 2 hari aku dok solve issue je. Semalam rushing pergi 2 buah bank, pastu bayar saman *kupon ada je tapi bijakk sangat lupa guna. Gara-gara PKPB bank hours pun jadi sekejap sampai pukul 1 je! πŸ’† Memang tak menyempat ada lagi tak settle sepenuhnya. Nak jadi cerita semalam pula laptop ofis kena reset pasal tak boleh on, pastu kereta tak boleh start. Fuhhh what a day! 😌 Alhamdulillah semua setel jangan cakap aihhh camne lena tidur semalam keletihan yang amat.

Hari ni berperang pulak catch-up balik semua kerja, siapkan mana yang pending dan re-arrange balik semua benda termasuklah kehidupan aku! ahahahaa rushing pelbagai urusan diteruskan lagi hari ini.πŸ˜…

5 jam aku dok depan laptop install balik apa yang patut kat dalam laptop ni. Dan gila punya kerja demi memastikan ads berjalan lancar, aku gigih drop pin ikut kawasan tau set up location ads! uhuhuuuuuu.... tapi tulah banyak masalah banyak benda baru belajar. Aku dah jumpa satu taktik baru untuk ads.


Dan aku tak tahu langsung apa jadi kat dunia dalam masa 48 jam ni. Tiba-tiba je umi bagitahu PKPB seluruh negara kecuali 3 negeri apa ntahh tadi lupa. Ya Allah. Susah hati jap. Okaylah aku penat. Jom kita jenjalan jap gi IPOHHHHH!

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Jom korang jommm travel ahahaha


Pergi ipoh ni last year. Throwback 😎



Aku suka betul snap gambar awan ni. Sebab tu kalau travel aku tak  nak jadi driver. Melainkan darurat. Sekarang ni aku drive pun sekadar nak meneruskan hidup πŸ˜‚ Aku pelik dengan orang yang cakap drive dan memasak ni terapi. Bagi aku takkkkkkk. Aku buat dua benda ni sekadar nak meneruskan hidupπŸ’


Aku rasa Ipoh ni memang lawalah nak bergambar cuma nak cari street art ni berpusing gak kat manalahkan. Sekali jumpa pun. Ouh yeahh masa ni geram jap dengan girls group dalam gambar ni πŸ˜ͺPunyalah ada orang lain nak bergambar boleh pula dwng dok berborak menggedik kat situ. Pastu berapa puluh kali entah minta kawan dia ambik gambar. Buat-buat tak nampak pula ada visitors lain.

So intolerant! Patutnya kita kena berpada-padalah ambil masa pun kan. Lepas tu hentikanlah budaya perfectionist try hard sangat nak look so instagrammable. Kengkawan dia pun badmood dah nak layan. Kadang terlalu try hard sangat ni memang tak menjadi. Buat biasa je ambil gambar. Embrace moment daripada fokus nak cantik je. Sampai bila takkan puas kalau nak layan benda camni. Nak suruh siapa puji? Nak minta siapa like? Snap 2-3 kali done! Konpiden itu penting kan?πŸ˜†

"Yang penting apa rupa kita kat mata tuhan"



Not sure tak well-maintained ke apa. Tapi buat malu kat orang luar tengok tempat pelancongan kita camni. Tak tahulah kan kalau ni pun dikira art 😏





Travel dengan Kak Nad and Kan Naz + si kecik Hana ni haaa. Actually bagus kan street art ni sebab bila tempat tu jadi tumpuan pelancong barulah semua orang ada effort nak nampak bersih. Rasa sentimental pun ya juga. Tempat cantik basically macam ralat kalau tak jaga elok-elok.


Masa sampai hujan renyai lagi. Tapi redah je. Rezeki gambar pun cantik. Natural 'preset' 😘  Ipoh ni banyak lagi kawasan lain. Tapi nama pun short trip kan memang level-level singgah je ktwng ni.  Mana yang sempat je. Banyak lagi gambar tangkap sebab jenis klik je dan yakin πŸ˜‚ Ktwng bertiga pun tak banyak songeh.
Tapi better simpan je kang termuntah pulak orang tengok banyak sangat. 

Paling best, waktu solat ktwng singgah kat Masjid Muhammadiah Ipoh. Masjid Cina muslim yang sangat cantik weyhhh. Tak silap *setahun dah aku pelupa betul πŸ˜“ Ada 4-5 je masjid cina ni kat Malaysia. Memang diuruskan oleh komuniti cina muslim Malaysia. 

Satu je nak cakap. TERLAMPAU BERSIH!😱



Bertarung nyawa juga yeah nak ambil gambar ni. πŸ˜™ Panas satu hal. Banyak motor kereta lalu pun satu hal. Tapi demi kenangan hehe. Bila-bila pergi Ipoh atau naik utara memang nak singgah lagi tempat ni. Aku nak bawa parents aku terutamanya. Tengok luar pun dah macam wowwww. Meh tengok dalam.


Masjid ni dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Dr. Nazrin masa tahun 2014. Aku translatekan kut mana-mana yang tak ingat dah nak baca jawi kan hehe. Tulisan Cina tu dah siap transalate. Kalau tak gigih pulak aku nak translate kan 😁 Btw tak rugi tau belajar bahasa mandarin. Boleh socializing banyak orang.


Ni tempat letak kasut. Tandas dia aku share kat bawah ni. 
Saja nak share. China memiliki lebih ramai umat islam dari Malaysia.
China: 80 juta
Malaysia: 19.5 juta

Kalau kita rasa kat Malaysia ni ramai dah orang islam. China sana tu lagi ramai.
Sebab tu aku kata untung belajar mandarin. Prospek dakwah and sosial luas.
Yaaa bahasa melayu pun kena juga perform. Pantang yeahh kita menangkan cina sikit 😏


Ni toilet dia. Tak rasa macam masuk toilet rasa macam kat street art! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Aku rasa aku macam kurang berkenan pavlova. Lagi suka kek atau brownies. Ni Kak Nad bawa. Kak Nad ni sejenis mak yang well-prepared. Semua benda ada kat dalam beg dia πŸ˜‡ Bagus orang sistematik and well-prepared ni pasal jenis berhati-hati.

Lagi satu karakter manusia last minute. Jenis redah je. Tak semestinya buruk perangai ni walaupun memang sah-sah kelam-kabut. Tapi biasanya orang camni jenis hati kebal main langgar je dan berani orangnya untuk hadap any consequences.

Aku boleh jadi dua-dua. Tapi most of the time orang yang well-prepared. I have the ability to be spontaneous and being last minute person. Tapi makin tua ni makin tak tenang kalau tak bersistematik. 
Selagi boleh susun memang susun. Ouh yeah setiap kali hari Ahad aku akan stay up tau sebab nak make sure the week tu semua well-arranged. Tapi tulah kadang-kadang dah susun plan pun tetap aku tunggang-terbalik 😌



Okay dah jom sambung PKPB 😎 Aku dah bertenang dah. Baru balik masjid kan πŸ˜‚






Comments