Thought as a not yet married person

 

Tajuk triggered tak? 😆haha. Banyak conversation penting that make me think beratus kali how it feels to sign up into a marriage contract? Banyak kejadian lately. Meh kita mula ngan Yumna. 


# 1

Yum soon to be married yeah 😘 Alhamdulillah.  Inilah orang yang aku finally kata: "haaa kawen pun ' sebab dia wife material. Cekap bab kemas rumah and masak. Aku kalau penat aku memang lipat kain postponed weekend. Tapi Yumna tak yaa. Semua mesti in properly arranged! Dan dia ni memang lain personaliti dia. Nak explain cane lain tu susah. Tapi memang susah nak jumpa orang macam dia ni 😁



Yum kata sedihnya nak tinggalkan rumah yang dia selalu kemas tu. Dia siap ambil gambar setiap sudut nanti rindu! ahahaha 😂 Belum citer dia nangis-nangis time makan sedih nak tinggalkan mak ayah dia apa semua. Dan susah hati nanti siapa nak kemas rumah? Siap dah dia plan 2 minggu sekali mesti balik nak kemas susun balik peti ais dan barang dalam rumah. Fuhhhh at first aku terkejut juga dan gelak.

Tapi lepas dah waras sikit 😅 dan Yum pun ada kata " Aten, aten yang kemas rumah buat apa semua kan, kawan mak borak. Aten mesti akan sedih macam kita nanti...." My heart beats slowly jap.

Sebab kalau dibayang-bayangkan amatlah betul! Aku pergi mana-mana weekend tak balik rumah beberapa hari aku susah hati 😥 Siapa lap habuk bilik? Tandas bersental tak? Umi bosan tak? Ada tak orang borak dan check umi sedih? dan tak dilupakannnn

Ada makanan sedap-sedap tak time aku tak ada ni? 😜 berani betul ada time aku takda hahhaha

Terpikir benda ni banyak hari dah. Actually macam mana ready pun takkan ready kan? Orang lain ada rasa macam ktwng ke tak yeah? Tengok semua macam okay je kan 😎 Tak dinafikan juga ktwng berdua jenis selalu susah hati pun pasal fikir macam-macam dan jauh sangat imaginasi ahahaha

Seriously, I will exactly feel what Yumna feels. Cuma nangis time makan tu taklah. Ambik gambar setiap sudut rumah tu pun idoklahhh ahahahh. 😂 Kalau perlu amik video terussss!

Surely moment ni sampai nanti it will be very tough emotional roller-coaster inside me

Leaving parent's house, the house that we have been brought up is kind of  hard moving out. Try our very best to ensure marriage is worthy enough, to leave the house full or warmth and love, move to a better house aim to build a better family and legacy.

Haritu dah bagitahu nak further study somewhere overseas. Pun dah syahdu semacam umi. Habis semua universiti kat Malaysia dipuji-puji bagus! Semata-mata tak nak bagi pergi jauh 😂 Been postponed a few times dah pun tapi aku tak surrender yer. Sikit lagi nak sort out dan settlekan beberapa perkara. Then boleh proceed membawa diri dan move next phase😂😂

Tak boleh bla ayat aku pun hehe.  Kalau fikir selfish, buat redah je. 

Tapi banyak hati kena dijaga so kita cuba manage. 


# 2

Banyak kali dah discuss benda halah ni dengan Bee. Masa kau single amboii kemain clingy time susah semua cari member. Lepas tu bila otw nak tukar status, dan dah tukar status buat-buat tak kenal member. Kau kawen kat gunung berapi pun sakan wajibkan member minta datang. Yang penting kau bahagia dan tip top time majlis. Orang susah ke nak rasa apa ke tu belakang kira. Janji kau happy

Urghhh memang ada spesies ni 😓

Okay dah ni berlapik dah aku citer hehehe

*hope so memang berlapik sopan hihihi 😙

Si Biha ni banyak kali diuji member macam ni. Kalau kena kat aku, aku memang tak kuasa nak melayan perangai ntah pape ni. Silap hari bulan hangin aku tak kena, memang selamat ni kena ngan aku. Tapi tulah ujian ni bertepatan. Hati lembut sensitif macam bee nilah selalu kena uji.

Tapi Bee ni tetaplah Ya Allah baik nak jaga perasaan orang macam mana makan hati pun. Kalau jadi aku memang taklah nak layan. Silap-silap memang aku byeeeeeee kan je 😒


*gambar pecah 


Pernah baca dalam Facebook. Ada seseorang tulis macam ni. 
" Perempuan kalau dah kawen tu berkawan jelah dengan para isteri. Kurangkanlah bergaul dengan kawan-kawan single ni. Inilah punca suami ada orang lain dan punca ada orang ketiga "

Masa baca ni aku baca 10 kali juga weyh. Heyy betul ke apa aku baca ni? 😱Ada juga yeah orang fikir macam ni 😪 Kau dah kenapa insecure teruk sangat. Dia tak kisahlah kau single ke, kawen ke, janda duda ke memang kena jaga pun pergaulan apa semua. Masing-masing tahulah batas kan?

Saja je nak citer, sepanjang aku kerja aku saksikan hubungan curang ni banyak mula dengan suami orang tu sendiri. Dia yang gatal pergi usik perempuan lain. Bukan perempuan yang dok kejar laki orang ni. Inilah realiti ya kalau nak tahu. Bukan nak sokong orang ketiga ke apa. Nak citer realiti siapa mula. Kalau perempuan yang kena usik tu melayan memang panjanglah citer dia. Sendirilah kena tahu batas! 


Mentang - mentang bee ni cakap lembut orang ingat dia takde perasaan ke apa? Hmm geram 😡


Untuk bahagia perlu ke fikir diri sendiri je? 


Lagi satu mungkin orang lain tak setuju. Aku rasa memalukan sangat lepas kawen post gambar posing kat katil, gambar laki tak pakai baju, gambar kiss here and there,  dan banyak lagi gambar pelik-pelik. Setakat gambar berdua tu biasalah. We understand pengantin baru tapi kau bertenang sikit please.😚  
Aku je ke malu tengok? 😅

Semoga kita semua setiasa waras dan bertambah malu tak kisahlah pegang status apa pun in the future


# 3

Memang ramai kawan yang lepas kawen senyap je. Tak contact dah. Yang hilang dari radar terus pun ada sampai tak tahu kabar berita. Entah kat mana pun tak tahu.😅😅😅 Tapi aku tak pukul rata semua ada mentaliti dan perangai camni. Dia berbalik pada individu tu juga. Ramai je yang still keep in touch lepas tukar status. Alhamdulillah circle aku mostly keep in touch je.

Apapun diri sendiri. Terpulanglah masing-masing nak teruskan jaga silaturrahim macam mana. Tapi tulah kita kena hormatlah sebab 'kasut' dan personaliti seseorang mungkin berubah dengan tanggungjawab baru. Dia memang pape individu tu sendiri. Aku punya otak senang je. Dah tak nak contact sudah. Aku kawan je ramai lagi orang lain. Kalau rasa circle kita kecik, boleh kenal orang lain dan kawan ramai lagi orang. We are no more kids. Benda ni so childish dan immature.

Marilah jadi orang dewasa mendoakan baik-baik. 
Tak bertegur sapa selalu tu tetaplah masih ada silaturrahim

Banyakkan berkawan nanti harap-harap meninggal ramai sudi kirim doa dan al-fatihah 😉



Ni member PLKN mereput dok dalam kem tu kenal 3 bulan je. Tapi still keep in touch dengan Dira ni. Tak ada masalah pape berbalik pada diri sendiri. Aku salute betul pemikiran dia dengan laki dia. Orang sederhana tapi mindset as parent banyak orang sekarang tak ada. Dwng laki bini sangat well-planned pasal anak. Dan hidup humble je dan sangat kuat semangat. Aku inspired tauuu hehe. Aku harap dira sibuk tak baca ni hahhaha. Berbalik kes curang, member nangis citer masalah rumahtangga ni. Mostly terlupa soul of marriage yang memasing promised each other masa awak kawen dan tak ikut apa agama suruh. Paling selalu takde ihsan. Ni bukan conclusion aku yeah conclusion dwng sendiri 🙊


Memang doa banyak-banyak hidup dikelilingi orang yang tinggi sifat ihsan dan common sense!

................................................

Aku ada few friends yang dah kawen beranak-pinak pun tapi dwng buat aku pening dengan kisah dwng 😅 Sampai aku tersound balik "Kau sedar tak kau ni dah jadi mak orang? When it comes about handling anak dwng sendiri " Kenapa cara fikir macam budak-budak? At least tolonglah jadi orang dewasa."😅 Paling tak boleh brain geram marah kat laki, lepaskan dekat anak yang tak tahu apa-apa.

Contoh macam baby kan kulit so soft and sensitive, immune system pun weak lagi. Boleh ya letak baby atas tikar orang jalan pijak-pijak (obvious berpasir) camtu je tak ada lapik kain ke, tilam ke apa kan. Sambil memberi tahu " aritu anak aku ni doktor ada kata ada eczema!"

 Korang faham tak kenapa aku pening? 😂 
Tapi malas nak tegur. Pepandailah 




Dira ni bagus dia ibu yang matang. Dia aku tak pening! 😆 Inspiring!



Contoh lain sepuloh kali dah anak dia merengek lapar, dia boleh steady je borak. 
Budak tu dah macam tantrum dah weyh. 
Dia siap cakap "alah anak aku ni mengada-ngada je. Tadi makan dah" 

Selaku science graduates, aku nak bagitahulah yeah. Budak membesar memang cepat lapar faktor growth hormone. Tu belum lagi bab budak aktif, kita kira calories yang convert jadi energy bla bla blaa semua tu. Haaa tu konsep dia. Budak kecik juga terlalu naif nak buat-buat lapar.

Selaku insan yang tak boleh lapar, makcik amat faham ya perasaan seksanya tahan lapar ni. Makcik juga faham yaaaa dah makan tapi nak mengunyah lagi 😂 Kesian anak-anak buah makcik dapat mak bapak ghupa ini bertenang rileks anak kelaparan. Huhu. Sabarlah 😷

Aku perati bagus few people yang sentiasa prepare snek, makanan untuk anak dia. Sebab mak bapak aku cemtuu. Stand by stok makanan sebab tak sampai hati biar anak lapar. Adakah membiarkan anak lapar is another modern parenting method? Omaigooddd seriuslahhh ni!


#4

Yang last ni borak dengan Umi. Aku questioned kat mak aku. Pelik sangat orang yang tak call dan tak melawat mak dia untuk tempoh yang lama. Dia tak rindu ke mak dia? 

Ok fine. Busy nak jaga. Malas nak layan. Tak ada budget nak tanggung.
Tapi are not you missing your mum? Sikit pun tak rindu mak sendiri? 😲😲😲




Umi kata aku boleh sembanglah sekarang aku tak jumpa dia rindu apa semua lahhh kan. Tapi bila dah kawen dah sibuk keluarga sendiri. Tu ujian kat situ. Tanggungjawab makin banyak, masa still banyak tu je 24 jam juga. Perhatian pun memacam nak pikir. How good are we being fair untuk orang kita sayang

Sedih pulak mak aku cakap gini.
"Umi harap kaklong berterusanlah selalu ingat umi sampai bila-bila"

😐😐😐😐
InsyaAllah.


Minta jauh lah dok terlupa kat mak sendiri.
Teruk betul tu 😑
 





Self-notes for future,
NFAMF






Comments